mmmm ni la masakan yang aku wat masa berbuka pose...ni nama nyer udang celup tepung..hehehe time ni aku masak masa kt umah bini aku..resepi nyer adalah...

bahan-bahan
udang 1 kilo
tepung tempura 1 kotak
minyak (untuk menggoreng)
salad (untuk hiasan)

cara-cara

1.panaskan minyak terlebih dahulu
2.bancuhkan tepung tempura ala-ala nk buat jejemput
3. celupkan udang dalam bancuhan tersebut kemudian masukan ke dalam minyak panas dan goreng sehingga kuning keemasan.


hah! yang ni satu lagi masakan yng aku buat...yang ni blum taruk kuah nyer lagi..nama masakan ni ialah siakap tiga rasa..hehehehe bes siot..licin pas tu..
resepi nyer adalah:

bahan-bahan
Ikan Siakap 1 kg
Lada Merah Hidup 8 biji dicincang halus
Bawang Putih Satu biji dicincang halus
Bawang Merah 4 biji dicincang halus
Nenas (aku guna yang dalam tin jer) dipotong dadu
Serai 3 ½ batang dititik (saiz sederhana)
Sos Ikan (tak der? tk letak pun dah sedap) Secukup rasa
Sos Tiram Secukup rasa
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Serbuk Kunyit Untuk salutan ikan
Kicap Soya Secukup rasa
Daun Ketumbar Sebagai hiasan
Lada Lumat Secukup rasa
Tepung Jagung 1 sudu besar

cara-cara

Ikan
1. Gaulkan garam, serbuk kunyit dan lada lumat sebati kemudian lumurkan kepada ikan secara rata.
2. Goreng ikan yang di sapu tadi (deep fried) sehingga garing. Pastikan api sederhana. Kemudian sediakan di dalam pinggan kaca. Bagi peresapan suhu yg sekata. Aroma ikan akan terserlah.

Kuah
3. Pastikan kuali panas setelah dimasukkan 6 sudu minyak. Masukkan bawang putih yg dicincang.Goreng bawang putih sehingga separuh kekuningan kemudian masukkan bawang merah.
4. Setelah aroma bawang telah timbul masukkan lada merah goreng seketika dan selepas itu masukkan nenas tadi.
5.Masukkan 2 cawan air dan tunggu sehingga menggelegak.
6. Bila telah menggelegak masukkan semua bahan yg masih belum dimasukkan lagi tadi satu persatu.
7. Bancuh tepung jagung dengan air masak (pastikan air tidak panas untuk mengelakkan tapung jagung menjadi berketul-ketul) dan masukkan di dalam kuah tadi.
8. Kacau semua bahan hingga sebati sehingga masak.

cadangan hidangan
Sirami ikan siakap dengan kuah yang di masak. Campakkan daun ketumbar mengikut keseniaan masing-masing.



selamat mencuba!

p/s: jangan ingat lelaki tak pandai memasak..dan penting tau belajar masak..time bini korang sakit tak kira la sarat mengandung ker, demam ker..mmm baru la terkial-kial nk belajar masak..benda ni kemahiran hidup

Tuesday, September 1, 2009