kamera baik nyer

blk umah mertua perghhh terjumper bendA ni..huhuu brg lama ni..kalu jual pun mahal..rasanyer lagi mahal dgn dslr sekarang

Tuesday, March 16, 2010

salam 1 malaysia kepada semua..mmmmm ni aku nk berkongsi beberapa video time aku g xpdc mencari durian di kawasan kapit..tuan empunya kebun tu merupakan penyelia petang sekolah aku cikgu inting..memang pengalaman yang tak dapat aku lupakan la..xpdc mencari durian..perghhh memang penat la time tu..masa tu awal tahun persekolahan tahun 2010..kalu ada peluang lagi memang aku nk join la..syok..keluar tengahari malam baru sampai umah..huhu bising bini aku hahaha..tp tak per..byk gak buah aku bwk blk..leh la kongsi ngan jejiran terdekat..ni ada la beberapa scene yg aku sempat amik time tu

sibuk mencari-cari durian




makan durian.yeah! carik



ni la suasana hutan kebun tu..jauh lagi ni nk meredah hutan




kat sini aku ada jumper buah yg pelik..rasanyer tkder kt semenanjung..sini diorang panggil asam tanah..wat makan ngn nasik gaul ngn sambal




mencari2 durian la aper lagi..cari2 then kumpul la dulu



bila dah kutip apa lagi makan la dulu..comel2 isi durian ni..sodap makan..perghhh



kawasan yg kami masuk ni adalah kawasan larangan org luar..kawasan persendirian..mujur ada tuan dia cikgu inting yg bawak kami



masa ni kami baru keluar daripada hutan..ni baru yang advanture..penat dah time ni..tapi kami ada 2 lagi tempat (hutan) kebun nk pegi..huhhuhu

Monday, February 15, 2010

rumah panjang

bawah ni la kawasan persinggahan rumah cikgu inting tuan punyer kebun..memang byk la buah2 dia..ni kira berhenti jap amik kereta untuk ke tempat yg terakhir..tempat yg paling penat..






bersedia untuk ke destinasi seterusnye

letih

masing-masing dah penat 5 jam lebih berjalan dalam hutan mencari buah..perghhh pengalaman yg cukup menakjubkan..time ni memang nk baring la..dah la aku mengalas bakul yang penuh dengan buah durian. berapa kali aku hampir nk jatuh ke belakang..huhuhu

keindahan alam


indah sungguh suasana sungai balleh

Sunday, February 14, 2010

keter lama aku


gini la ruper keta aku skng..dah tinggalkan pd adik aku kt kajang

Tuesday, February 9, 2010

pasar besar

salam semua..mmm lama betul tk update blog aku ni...macam2 hal nk kena buat rasa nyer last skali masa aku abis jaga pmr..lama tu.. ni ada la gambar aku shot time shoping cari barang nk wat blik ke Kapit..time ni ujung tahun 2009 la..bini aku sibuk shoping aku sibuk shot gambar..aku bkn per..kagum tul ngan wanita kelantan..hebat r..bawah ni ada la sedikit info nk bgtau...

`Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.

Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .

Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.

Pasar ini terletak bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu.`

sumber di petik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasar_Besar_Siti_Khadijah

Friday, January 29, 2010