ni ada la beberapa permandangan sewaktu aku berada d tumpat
































Sunday, October 25, 2009

Berakhir nyer PMR 2009











lega..selesai sudah tugas aku sebagai pengawas PMR huhuhu..mcm2 kerenah budak aku tgk masa menjawab soalan2..ada yang tk sampai pun sejam dah siap, then leh jer diorang tido..












Tuesday, October 13, 2009


Tanggal 6hb10 2009,tiba nye aku di Song. Aku di tugas kan untuk menjadi pengawas PMR di SMK Song..keadaan di song?mmm bleh tahan r. ni pengalaman aku yg pertama ke song..ni aku sediakan beberapa keping gambar nk letak byk2 tk muat plak nanti.






ni plak gambar pasar di kawasan Song.tk la besar sgt.atas tu plak ada kedai makn..yang halal dan yg tk halal pun ada.


yang atas ni gambar jeti atau nama glamor dia panggil wharf song..nampak menarik jer gambar kapal tenggelam.tu yang aku amik.









sesi 1 PMR

tamat minggu pertama PMR..akan bersambung minggu depan hari isnin. selama 3 hari aku berada di Song yang mana aku ditugaskan untuk menjadi pengawas PMR di SMK Song dan terpaksa meninggalkan isteri yg tercinta di Kapit..ni pengalaman aku yang pertama sebagai pengawas PMR dan pertama kali aku keluar dari daerah kapit untuk bertugas demi anak bangsa(cewah ayat tk hingat).. hari pertama aku di Song memang teruja tapi berlaku sebalik nyer biler tinggal sana beberapa hari..aku tk dapat nk amik gambar sebab tk bawak camera..tapi aku akan kembali ke Song pada hari ahad pulak..nanti aku upload gambar keadaan Song..to be continue

Friday, October 9, 2009


salam..gambar ni aku amik ketika aku dok dalam flight on the way nak blk ker kota bharu dari klia.ya Allah terpegun seketika aku melihat betapa indahnyer ciptaan Allah..
Allah telah menurunkan kepada kita kitab-Nya "Al-Quran" di mana Dia telah menerangkan tentang diri-Nya dan ciptaan-Nya kepada kita. Kita dapat mencari jawapan yang betul kepada setiap soalan daripada Al-Quran dan As-Sunnah (cara hidup Nabi Muhammad SAW). Sebagai contoh, apabila kita bertanya, "Bagaimana Allah mencipta segala-galanya?" Allah membalas di dalam Al-Quran dengan berkata:
(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. (Surah Al-An'am: 101)

Friday, October 2, 2009

suasana hari raya

ini lah makanan pertama aku pada 1 syawal yang dihidangkan oleh mak sedara belah bini aku..dah lama gak aku tk pekena nasik dagang..mmm kena la gak ngn selera aku..

meriah gak raya tahun ni..ramai sedara mara..ada pak cik aku siap baring lagi lepas makan..perghhh kenyang..

ni plak beraya kat belah bini aku kt kota bharu..leh tahan gak yang datang..penuh satu rumah..tak sangka ek..tapi tahun ni merupakan pengalaman aku yang amat meletihkan..macam artis pun ada,mana tak nyer aku boleh dikategori pengantin baru la,,so ikut adat byk gak jemputan yang aku kena, org tua kata "manggil menantu"..then raya ketiga aku dah kena bertolak ke kajang,adik aku lak kawin kat sana.tk sempat nk g rumah member aku cikgu juki n sedara aku sendiri din kt kg pangkal meleret..sori geng. pe2 pun selamat hari raya maaf zahir batin.


mmmm ni la masakan yang aku wat masa berbuka pose...ni nama nyer udang celup tepung..hehehe time ni aku masak masa kt umah bini aku..resepi nyer adalah...

bahan-bahan
udang 1 kilo
tepung tempura 1 kotak
minyak (untuk menggoreng)
salad (untuk hiasan)

cara-cara

1.panaskan minyak terlebih dahulu
2.bancuhkan tepung tempura ala-ala nk buat jejemput
3. celupkan udang dalam bancuhan tersebut kemudian masukan ke dalam minyak panas dan goreng sehingga kuning keemasan.


hah! yang ni satu lagi masakan yng aku buat...yang ni blum taruk kuah nyer lagi..nama masakan ni ialah siakap tiga rasa..hehehehe bes siot..licin pas tu..
resepi nyer adalah:

bahan-bahan
Ikan Siakap 1 kg
Lada Merah Hidup 8 biji dicincang halus
Bawang Putih Satu biji dicincang halus
Bawang Merah 4 biji dicincang halus
Nenas (aku guna yang dalam tin jer) dipotong dadu
Serai 3 ½ batang dititik (saiz sederhana)
Sos Ikan (tak der? tk letak pun dah sedap) Secukup rasa
Sos Tiram Secukup rasa
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Serbuk Kunyit Untuk salutan ikan
Kicap Soya Secukup rasa
Daun Ketumbar Sebagai hiasan
Lada Lumat Secukup rasa
Tepung Jagung 1 sudu besar

cara-cara

Ikan
1. Gaulkan garam, serbuk kunyit dan lada lumat sebati kemudian lumurkan kepada ikan secara rata.
2. Goreng ikan yang di sapu tadi (deep fried) sehingga garing. Pastikan api sederhana. Kemudian sediakan di dalam pinggan kaca. Bagi peresapan suhu yg sekata. Aroma ikan akan terserlah.

Kuah
3. Pastikan kuali panas setelah dimasukkan 6 sudu minyak. Masukkan bawang putih yg dicincang.Goreng bawang putih sehingga separuh kekuningan kemudian masukkan bawang merah.
4. Setelah aroma bawang telah timbul masukkan lada merah goreng seketika dan selepas itu masukkan nenas tadi.
5.Masukkan 2 cawan air dan tunggu sehingga menggelegak.
6. Bila telah menggelegak masukkan semua bahan yg masih belum dimasukkan lagi tadi satu persatu.
7. Bancuh tepung jagung dengan air masak (pastikan air tidak panas untuk mengelakkan tapung jagung menjadi berketul-ketul) dan masukkan di dalam kuah tadi.
8. Kacau semua bahan hingga sebati sehingga masak.

cadangan hidangan
Sirami ikan siakap dengan kuah yang di masak. Campakkan daun ketumbar mengikut keseniaan masing-masing.



selamat mencuba!

p/s: jangan ingat lelaki tak pandai memasak..dan penting tau belajar masak..time bini korang sakit tak kira la sarat mengandung ker, demam ker..mmm baru la terkial-kial nk belajar masak..benda ni kemahiran hidup

Tuesday, September 1, 2009

Pengalaman orang yang ade family dijangkiti H1N1.Untuk panduan

cerita ini adalah berdasarkan kisah benar yg telah terjadi pada seorang hamba..ini adalah sekadar untuk panduan bagi sesiapa yg ada rakan atau adik beradik yg terkena penyakit ini.

High risk infection to person yg smooking, has atshma, children,pregnant woman.
Beginner stage-Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat.
Second Stage-Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena..hospital tak cukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik i ni. Critical Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. my brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin...Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik.To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya...All the family member unite to support my brother fighting the virus. Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest drin my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have muchexperience, dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital. Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...

Monday, August 10, 2009

Makin bertambah

baru jer pas dengar berita...yang sedih nyer mangsa H1N1 ni yng meninggal makin bertambah seramai 6 org lagi... Al-Fatihah kepada kesemua orang Islam yang meninggal disebabkan wabak H1N1 ni..

INFLUENZA H1N1


iNI lah ruper virus tu..sungguh cepat dia merebak
A good info for us.... not sure la..ada rakan ni dia yang cerita...gini cerita nye...
"Salam..... sy baru balik dari thailand. sy ke pulau temelang dan bantun. apa yang sy nak kongsi ialah cara mereka mengubati penyakit selsema babi.bahan2nya adalah
1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk
cara2nya
1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma
tq"